Wednesday, July 3, 2013

Ungkapan Itu

merindukan dia..walaupun dia bukan lg milikku..dan aku bukn lgi miliknya..tapi aku tau..masing-masing d hati punya perasaan ingin kembali bersma..tp apakan daya..masa sudah berlallu...hanya satu kata ingin ku ucapkan.. ♥
-14/4

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum sambil mendoakan kebahagian untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.. ♥

Melupakan seseorang yang telah memberikanmu banyak kenangan indah adalah perkara yang sangat sukar. Tapi jika itu yang terbaik, relakanlah.
~@DvSS~:) .

jika awak tak boleh menyimpan saya dalam hati awak, sudikan awak minyimpan saya dalam ingatan awak? kerana itu sdudah mencukupi. 13/4

tidak perlu bersedih apabila ditinggalkan seseorang kerana sebenarnya dia rugi meninggalkan orang yang tulus menyintainya 13/4

Kadang perempuan bukan nak yang berharta dan ada rupa pun, dia cuma nak seseorang yang memahami dia saat dia tak mempu untuk meluahkan semua masalah....

jika kita tidak mampu menghadapi masalah...JGNLAH KITA SUKA MENCARI MASALAH...jika kita tidak suka org menyakiti hati kita....JGNLAH KITA SUKA MENYAKITI HATI ORG LAIN....jika kita tidak suka org mungkir janji....JGNLAH KITA BERJANJI TETAPI TIDAK TUNAIKAN,,,setiap yang kita lakukan pasti akan ada balasannya,,,18/3


kenape ini selalu terjadi.bkn senang nk wujudnya syg,tapi bila dh syg,kenapa plak suka2 je nk disakiti.
Perempuan mula sayang apabila seseorang yang boleh menjaga hatinya.
Perempuan mula benci apabila seseorang yang sudah hancurkan hatinya .19/4

Kadang-kadang wanita disakiti oleh wanita juga walaupun dia mengatakan memahami perasaan wanita...tetapi apabila perasaan menguasai diri perasaan orang lain dipinggirkan.


  • assalamualaikum,,,,saya mintak maaf kalau buat awak kecewa,,,tapi saya rasa,,,saya xtulis pun yang"dirindui"....saya perempuan dan awak jugak pun perempuan,,,saya tahu macam mana rasanya,,,,,cuma satu saya nak awak tahu,,,,saya dah lama putuskan semua yang ada pada saya,,,awak jgn risau,,saya xakan buat mcm mana yang awak fikirkan,,,,dia hak awak yang mutlak,,doa saya sentiasa untuk awak sekeluarga,,sekali lagi saya mintak maaf,,,kalau awak kecewa,,saya tak akan menghancurkan hati perempuan lain semata2 kerana perkara sperti ini...dan saya xpernah salahkan awak,,,,awak adalah segala-galanya bagi dia,,,,

     Memang awak tak menulis "dirindui" tetapi awak menulis "Rindu orang jauh"...dan melalui komen2 awak menjawab rindu kawan lama...tapi jikalau dibaca dengan perasaan tahulah siapa dia...Dia bukan hak mutlak saya...dia hanya dipinjamkan seketika untuk saya gembira, mungkin kehadiran awak menyedarkan saya bahawa saya bukanlah sesiapa pun padanya. Dan saya perlu kembalikan dia kepada yang berhak padanya iaitu AWAK...... Macam mana awak boleh  katakan saya adalah segala-gala baginya....Atau perasaan bersalah itu awak berkata demikian...kalau saya segala-gala baginya tak mungkin dia sanggup menipu saya dan kakaknya semata2 untuk berjumpa awak........dia sanggup buat apa saja untuk awak sebenarnya....
  • Kalau ko nk kita stop kt sini.ko yakin boleh padam kn semua perasan ko pd sal..boleh?

    kalau ko mampu dn besedia nk buang sal jauh2 dr hati ko...sal terpaksa terima,tapi satu permintaan sal,.Blh ko janji ngan sal 1 pekara..buat petama dn terakhr

    Apa yg ko nk risau kt sal..? Sal dh biasa dilukai.,lg teruk dr ini pun pernah..

    Sal nk jumpa ko buat pertama dn terakhir..utk penantian sal selama 20thn..

    Kata-kata seperti ini mungkin tak membawa makna bagi awak jika perempuan lain nyatakan pada suami awakkan....apakah ayat-ayat di atas tidak mengambarkan perasaan sebenar awak padanya... Hipokritkah saya untuk menafikannya...yalah awakkan perempuan yang baik tidak suka manusia hipokrit seperti saya ni......

    Awak memang perempuan yang hebat....permintaan pertama terakhir ..sangat power kata itu sehingga seorang lelaki sanggup menunaikannya...yalah wanita kesayangan membuat permintaan.



  • Asalamualaikum...xsalah dn xberdosa kalau awk merasa cemburu.mmg itulah sepattnya.kalau sya jadi awk pun mungkin sya pun akn buat benda yg sama..bila keddkan kita tergugat dn teruji mcm2...,sya xsetanding awk...bijak dn cntk...punya semuanya.
    Kita sama perempuan.punya rasa yg cukup halus..pd sya..sya bkn jenis yg cpt melatah,jauh sekali membenci...dn sya xsalah kn awk.,apa yg belaku antara sya dan .......,dah lama saya hanyutkn.walaupun apa yag awk ketahui buat awk kecewa'sya mintak maaf..
    Jauh hati sya,xda niat langsung tuk jadi org ketga..bkn ne sikap sya.apa yg lihat atau ketahui itu apa yg saya alami.20thn dulu..awk sedia maklum,mmg sya ada jumpa dia.tapi jgn risau itu adalah yg pertama dn terakhir bg sya.xkan ada lg..sya xmau sakiti ati
    Perempuan sebaik awk.dia terlalu sygkn awk...sya tau itu...sya mintak maaf sekali lg..kalau buat awk kecewa...sya xmau awk menangis lg,..satu pekara sya nk awk tau...awak bertuah miliki hati dia..dia jodoh awk hingga akhir hayat..in shaa Allah.

    Tergugat ker kedudukan saya? Entah saya sendiri tak tahu....apa yang saya kesalkan inikah balasan pergorbanan saya bersusah payah hidup dengannya selama ini...apabila hidup senang, kelengkapan keluarga diberikan  ini yang saya dapat sebuah kehancuran...

    Sebenarnya kepulangan kami hari itu adalah penilaian saya betapa pentingnya awak dalam hidup dia. Saya cuba kuatkan hati saya untuk pulang ke sana...dengan memujuk hati dia tidak akan jumpa awak dan demi mengeratkan hubungan kekluargaan saja. Tapi hati saya hancur...di siang hari keriangan dan kebahagian yang kalian lewati..malamnya kekecewaan yang saya rasai sehingga malam itu tanpa sekelumit pun mampu saya lelapkan mata.Terbayang pertemuan bahagia kalian....Dia lena melayan mimpi bahagia berjumpa awak..tapi saya berendam airmata pun tidak disedari.....

    9/2 bersamaan pula tarikh 9/5 ulang tahun perkahwinan kami kebetulan atau memang jodoh kalian. Sepatutnya yang dirancangkan hari itu dia membawa saya membuat rawatan tradisional dengan seorang ustaz.....tapi dia rawatkan ustazah yang menantikan pertemuan selama 20 tahun dengan pertemuan bahagian kalian...indahkan.Tarikh kepulangan kami pula merupakan tarikh saya menyambung ubat di hospital....tapi terpaksalah redha demi kepuasan dan kebahagian kalian...tapi sehingga kini untuk menyambung ubat saya tak teruskan...kerana dengan cara ini moga kalian dapat disatukan lebih awal...saya ni seolah-olah penghalang antara kalian.

    Perjumpaan kalian tentu awak ditemani seseorang..yalah perempuan baik yang menjaga tatasusila kehidupan untuk mengelakkan fitnah.....Pertemuan itu juga tentunya dalam pengetahuan dan makluman suami awakkan ..mana mungkin wanita solehan berjumpa lelaki lain tanpa pengetahuan suaminya kalau tak saya pun menumpang saham dosa pertemuan kalian itu.... Cukuplah saya menanggung dosa terpaksa menipu ipar duai saya yang tak putus-putus bertanya di mana dia kala itu...saya juga turut subahat mengiakan penipuannya kepada kakak kandungnya sendiri..Itu tak kira lagi penipuan saya kepada anak-anak lagi....hai banyaknya saham dosa saya dapat pada 9/2 tu...


  • sya faham perasaan dn kebimbingan awk dngn apa yg terjadi.sya xtaulah mcm mana sya nk terangkan kt awak...buat apa awk plak yg nk undur diri.awk xsalh apa2 pun...dia hak awk...bkn sya..,sya dgn dia dah xda apa2 lg...untk pengetahuan awk.

    Faham perasaan saya..apa yang awak faham sebenarnya. Macam mana awak nak terangkan sebab awak yang melayan perasaan itu.Saat awak mencurahkan segala perasaan lama awak yang terpendam yang tak sempat awak luahkan suatu ketika dulu...mula-mula saya boleh terima sebagai sahabat lama...semakin lama awak semakin hanyut melayani perasaan awak itu...




  • Sya xnak ingat pasal pekara ne lg...terpulanglah pd awk nak mentafsirknnya...sya xmampu nk paksa awk pecaya...apa yg awk lihat kt wal sya xsemestinya untk dia...sya tau apa yg awk rasa...sya dah xda apa2 dgn dia..teserahlah pd awk tuk pecaya atau tak.
    Awk bertuahlah...sbb sya bkn jenis pemarah,pembenci apatah lg nk jadi org kdtiga antara awk ngan dia..kalau org lain lah yg betul2 nk merampas bkn mcm ne caranya...sya mash ada rasa hormat dn mash ada perasaan..sbb sya fhm perasaan awk...

    Memang senang awak berkata...semudah itu awak lepaskan kekusutan ini....awak memang bukan pemarah dan pembenci sebab itu ramai kawan2 menyanyangi awak...lihat saja status dan wall awak, siapa yang tak menyenangi awak.....status yang di kongsi semuanya baik-baik...Saya tahu awak bukan hendak merampas dia tetapi untuk menumpang kasih. Maklumlah awak selalu disakiti dan terluka lagi teruk dari saya...Betul ker ada rasa hormat dan faham perasaan saya....kalau awak faham awak tak minta untuk berjumpa buat pertama dan terakhir.......Cuba bayangkan awak ditempat saya apa perasaan awak bila suami awak melayan perempuan seperti itu....opppss lupa awak lagi teruk disakiti.....sebab itu awak lukakan hati wanita lain yang awak katakan faham perasaan wanita ya...bagus..bagusss....


  • assalamualaikum....jodoh pertemuan,ajal dan maut di tanganNYa...kita xberhak untuk menpertikaikan,,,mungkin bg awak ne adalah tamparan hebat dan ujian paling besar gi awak,,,tapi saya dah mengalami lebih dr ini....lebih menyakitkan dan lebih terluka...tapi sikap saya yg memaafkan telah membuatkan hati saya lebih tenang dan redha dengan ketentuanNya,,kerana saya percaya Allah beri kita ujian yg berat ,,hanya Dia Maha mengetahui disebalik apa yang terjadi,,,walaupun parut dan luka masih ada,,,,saya terima kalau awak membenci saya sekali pun,,sya terima..mmg itu yang sepatutnya...terimakasih sbb ingatkan saya....keluarga adalah nafas dan nadi saya..xpernah lupa....tentang itu..saya manusia biasa yang xlari dar buat silap...dan kesilapan ini menyedarkan
     saya.....

    Memang ajal maut dan jodoh pertemuan ditangan yang Maha Esa...salah satunya setelah lebih 20 tahun kalian dapat bertemu kembali dan mengenangkan sejarah cinta kenangan silam...masing-masing terharu hingga menitiskan air mata kegembiraan...tapi tak apa jodoh kalian semakin hampir dan awak tidak dikatakan perampas sebab saya yang akan pergi dulu cuma cepat atau lambat saja......permintaan pertama terakhir awak tu salah satu cara mepercepatkan pemergian saya.... mudah-mudahan....Saya tak boleh membenci awak, kalau saya membenci awak saya membenci lelaki yang saya sayangi..sedangkan awak wanita kesayangannya....kesungguhan awak mengatakan keluarga adalah nadi dan nafas awak ..saya percaya awak boleh membahagikan dia dan menjaga anak-anak saya seperti anak awak juga....



  • saya bersyukur sbb tersedar cepat akan kesalahan yg telah terjadi,,supaya perkara ini tidak akan melarat teruk...awak xsalah apa2 pun dalam hal ne,,puncanya dr saya...maafkan saya...ne je yang mampu saya buat,,,dan awak berhak membenci saya...

    Memang patut bersyukur kalau tak disedarkan kalian semakin hanyut dengan perasaan lama kalian dan mungkin boleh merobohkan rumahtangga awak....Rumahtangga saya dah keretakkan... jelas terbukti pada frem gambar perkahwinan kami.....hati saya dah tawar dan hambar....saya hanya menghabiskan sisa-sisa hudup yang ada.....kerana sel-sel ini semakin hari semakin kuat menyerang saya.....ini bermakna semakin hampir jodoh kalian untuk disatukan...Amin.

No comments:

Post a Comment