Saturday, July 20, 2013

Hipokritnya Dia.....

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...


Berkongsi kesedihan apabila membaca puisi di atas. Konon-konon simpati dengan nasib seorang isteri yang dicurangi oleh sang suami......Tapi apakah dia sedar dia juga menyumbang kesedihan seorang isteri yang dicurangi oleh sang suami untuk mencapai permintaan pertama dan terakhirnya.....Kerana kegatalan dan kemiangan permintaan itu si isteri terhukum dengan taruhan talak.....tidakkah dia simpati atas nasib seorang isteri itu.....sesungguhnya dia menutupi sikap miang dan gatalnya di wall FBnya dengan pengkongsian yang indah-indah untuk mengaburi sikap sebenarnya yang merenyam....adakah dia membaca luahan rasa sang isteri atas kerenah miangnya itu......jika ada adakah dia simpati...............namun yang diperolehi si isteri itu adalah bohongan demi bohongan...yang sebenarnya menyelongkar kebenaran dari perempuan gatal itu..........

Inikah Dugaan........

Inikah dugaan....
Setelah melayari kehidupan bersama........
Setelah 15 tahun bersama.......
Inikah dugaan......

Kebahagian  selama ini...
Apakah sebuah kepalsuan ...
Atau kebohongan semata........
Sekelip mata kau berubah....

Tak cukupkah......
Segala pengorbanan dariku....
Tak cukupkah segala kesetiaan yang kuberi...........
Apakah perlu kukorbankan kesetiaan itu...........

Hanya kenalan lama............
Yang membuka luka hatiku.......
Walau ku akui kehadirannya....
 Awalnya sangat ku alukan.........

Namun hanya seketika.....
Semakin lama ianya memngundang lara ...
Mengundang mega mendung di mahligaiku...
Membawa kehambaran perasaan....

Menghilangkan rasa sayang pada sahabat...
Menghilangkan rasa cinta pada kekasih...
Yang tinggal hanya sebuah ikatan.............
Ikatan yang suatu ketika nanti bakal terlerai.........
Sama ada satu lafaz...............
Atau maut yang mendatang................

Ya Allah.........
Kuatkanlah hati ini.........
Tabahkan hati ini.............
Tunjukkanlah kebenaran........
Amin.

No comments:

Post a Comment