Sunday, July 21, 2013

Di sini hanya mampu kuluahkan



Setelah membina rumahtangga hampir 15 tahun dengan dikurniakan cahaya mata empat orang. Mahligai kami benar-benar bergoyang hebat. 10 tahun lalu kami pernah duduk berjauhan tapi badainya tidak sehebat ini.Kali ini benar-benar mencabar kesabaran saya dengan kehadiran orang ketiga. Mulanya kehadiran wanita itu saya gembira kerana akhirnya  suami telah mula dapat mengumpul semula rakan-rakan lamanya. Namun semakin hari nada dan bicara wanita itu agak berlainan. Mulanya saya hanya mendiamkan diri..

Kalau kau tak add atau muncul dalam hidup Sal pun..perasaan-perasaan sememangnya dah terpahat kat dalam hati aku sejak sekolah lagi...Pertama kali terpandang nama kau add kat aku. Debarnya macam first time aku suka kat kau.Allah dengar doa aku 20 tahun ni...aku bersyukur sangat.

Terima kasih Sal ..terima kasih banyak-banyak..sama macam Sal juga...bila Sal dalam FB..nak menangis rasanya...dalam banyak-banyak kawan dalam FB tu aku cuma nampak nama Sal saje..yang lain tu nampak macam tak penting jer....."

Ya Allah... inikah suami,..sahabat dan kekasih selama ini yang kutantang dan kuhormatkan selama ini....Saat membacanya rasa ingin meraung sekuatnya...namun saat itu.....saya sedar saya berada di tempat awam..banyak mata yang memandang...dan pasti mengundang tanda tanya..saya kuatkan semangat walau saat itu airmata hampir menitis.......

Tidak cukup dengan itu..kepulangan yang penuh kepenatan dan kesedihan disambut pula dengan kiriman dari perempuan itu....selepas itu saya mula bertindak membuka komputer dan membaca laman sosial itu...Apa yang penting semua bukti perlu  disimpan..

Keesokkan harinya  saat anak-anak bermain petangnya saya mula bersemuka namun suami menafi semuanya. Untuk menenangkan hati saya dia cuba memutuskan hubungan yang baru bertaut itu. Walau pun perempuan itu agak keberatan untuk melepaskan dengan membuat perminta pertama dan terakhir untuk berjumpa buat kali terakhir. Saya kira hal itu selesai begitu tetapi keesokkan harinya siperempuan itu masih berbalas mesej dan suami saya telah memberi saya membacanya. Walaupun sebahagian daripadanya saya tahu telah dipadam.Suami juga telah menyatakan telah memadamkan nombor perempuan tersebut. Sebagai isteri saya akur dengan jawapan itu walai di hati masih terdetik sesuatu.

Sebulan selepas itu ada kenduri di kampung suami saya. Itulah juga peluang untuk anak-anak bermesra dengan saudara-mara suami. Walau hati masih terluka saya kuatkan hati untuk pulang ke sana demi sebuah hubungan keluarga yang saya sendiri amat sayangi. itu juga peluang untuk saya menguji kesetiaannya.

Namun hati ini hancur sehancur-hancurnya, suami saya telah keluar untuk menemui perempuan itu yang juga isteri orang. Jika dilihat pengkongsian dan komen-komen diFBnya dia mempunyai salsiah  merangkap ustazah bila berbicara dengan rakan-rakan dan cara berpakaiannya.Alasan suami untuk keluar adalah untuk mencuci kereta sedangkan saya tahu dia amat liat untuk mencucinya. Saat memberi alasan itu dia langsung tidak nyatakan kepada saya walau saya ada di sebelah kakaknya. Saya diamkan juga walau mesej diterima bertalu-talu. Silap saya kalau dirampas hpnya saat itu pasti kejadian itu tak berlaku. Agaknya perempuan itu sudah lama menanti dan tidak sabar lagi menanti.

Empat jam dia menghilangkan diri call saya tidak berjawab. Saya hantar mesej betul ker pergi cuci kereta, tapi hampir satu jam baru dia call. Mengatakan hp dia tertinggal dalam kereta dengan alasan lambat kerana banyak pelanggan. Saya masih juga bersabar walau sebelum ini kakak-kakak dan adik-adiknya tak puas-puas bertanya ke mana lamanya dia menghilang. Maklumlah kami duduk jauh sesekali berkumpul banyak yang ingin dikongsikan.Saat itu hanya Allah saja yang tahu perasaan saya. Kepulangan dia saat itu sangat-sangat berbeza. Naluri seorang isteri dapat merasainya walau apa pun yang dia buat.

Semalaman saya tidak dapat melelapkan mata dan ditemani sendu. sedangkan dia saat itu lena dibuai mimpi indah mengenangkan petemuan itu. Tidak dapat menahan sedih saya bangun dan menangis di bilik air semahu-mahunya. Kemudian menunaikan solat tahjud. Saat itu baru dia sedari dan cuba memujuk saya dan bersumpah dia tidak berumpa pun perenpuan itu. Keesokannya saya cuba majlis sudah bermula saya cuba sibukan diri walau saat itu hanya jasad yang bergerak.Mungkin rasa bersalah itu menyebabkan dia menceritakan kepada kakaknya . Sebelum kami pulang saya dihadiahkan taruhan talak di depan dua orang saudaranya sedihnya hati  hanya Allah yang mengetahui.

Saya ada menghubungi perempuan itu dan dia mengakui memang  ada berjumpa dengan suami saya. tetapi suami saya terus-terusan bersandiwara untuk menguatkan hujjah yang dia memang tidak berjumpa dengan perempuan tersebut. Masalahnya saya tidak suka terus dibohongi berterusan. Saya hanya ingin dia ceritakan kebenarannya walaupun sepahit mana pun. Sehinggakan ulang tahun perkhawinan kami ingin lupakan kerana tarikhnya sama dengan pertemuan itu. Saya ada meminta perempuan itu kembali kepada suami dan saya rela undur diri dari terus dibohongi sepanjang hidup bersamanya. Perasaan saya juga mula tawar untuk bersamanya lagi. Saya cuba untuk kembalikan suasana dahulu namun bayangan perempuan itu terus menghantui rumahtangga kami. Bagaimana untuk membuat suami saya menceritakan hal yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment